Sunnah Muakkad dan Sunnah Ghairu Muakkad Solat_Sunat_Rawatib

Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.

Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :

  • dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib
  • dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada

  • dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
  • dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah Setelah Zuhur
  • empat rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar
  • dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib
  • dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Isyak

Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh

Bagi sembahyang sunat Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh (sembahyang sunat dua rakaat sebelum menunaikan sembahyang fardu Subuh), adalah sunat untuk berbaring selepas mengerjakannya, dan juga adalah awla (lebih utama) untukberbaring secara mengiring di bahu kanan, dengan menghadapkan mukadan bahagian depan badan ke arah kiblat seperti mana keadaannya di dalam kubur, kerana ini akan lebih mengingatkan seseorang itu kepada kematian, lalu dia akan berusaha melakukan amalan-amalan soleh dan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian.

Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. : “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila selesai mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat Fajar (Subuh), Baginda berbaring (mengiring) di atas bahu kanan Baginda.”

Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar

Solat sunat Ghairu Muakkad Qabliyyah boleh ditunaikan sama ada 2 rakaat dengan satu salam ataupun sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

Perbahasan Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib

Ulama berselisih pendapat mengenai solat 2 rakaat sebelum Maghrib. Ada ulama yang mengatakan bahawa tiada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Ini diasaskan kepada larangan bahawa tidak ada pendirian solat selepas menunaikan fardu Asar sehingga masuk waktu Maghrib.

Ada ulama membolehkan solat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib ini, berasaskan dalil berikut :Dari Abdullah bin Mughaffal Ra. ia berkata: Nabi SAW bersabda, “Di antara azan dan iqamah ada solat, di antara azan dan iqamah ada solat (kemudian di kali ketiga beliau berkata:) bagi siapa yang mau.” Beliau takut hal tersebut dijadikan oleh orang-orang sebagai keharusan. (Bukhari dan Muslim)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. bahawa dia berkata, Nabi s.a.w bersabda; " Di antara azan dan iqamah itu ada sembahyang bagi sesiapa yang hendak melakukannya. Baginda s.a.w mengulanginya tiga kali."

Dan dalam riwayat Abu Daud, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat.” Kemudian beliau bersabda, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat bagi yang mahu.” Beliau takut orang-orang akan menjadikannya solat sunnah. (Abu Daud)

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu hukumnya tidak sunat. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Bahkan ulama seperti Imam An-Nukha'i berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu bid'ah (baca kitab Syarah Sahih Muslim, Juz VI, halaman 123; dan kitab Nailul Authar, Juz I, halaman 407) Mereka berpendapat demikian, berdalil kepada sebuah hadis riwayat Ibnu Umar di bawah ini : Dari Thawus, ia berkata, "Ibnu Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib. Beliau menjawab, "Saya tidak melihat seorangpun pada masa Rasulullah Saw. yang melakukannya. (Riwayat Abu Dawud; Kitab Sunan Abu Dawud, Juz II, halaman 26)